PORT DICKSON: Dua ejen ah long masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang peniaga bulan lalu.
Tertuduh, M.Hashagaan, 25 bekerja sebagai 'office boy' dan S.Kugananthan, 27 penjaga kambing, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V Vanita.
Berdasarkan pertuduhan tertuduh secara bersama-sama telah menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 45 tahun dengan cara mengeluarkan kata ugutan iaitu 'akan mengambil barang-barang perniagaan dan akan membakar kedai kamu'.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Aman Shah,Port Dickson pada jam lebih kurang 1.20 petang, 17 Januari lalu.
Oleh demikian tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, dalam kejadian pada 17 Januari lalu, kedua-dua tertuduh sebagai seorang 'runner' atau ejen ah long yang tidak dikenali telah datang mengancam mangsa untuk mengambil barang perniagaan atau membakar kedainya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap tertuduh, jika gagal bayar dikenakan lima bulan penjara.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 08 2023
Kedua-dua tertuduh (dua dan ketiga dari kiri) didenda RM3,000 lakukan ugutan jenayah. - Foto Sinar Harian
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Dua ejen ah long ugut peniaga didenda RM3,000
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap tertuduh, jika gagal bayar dikenakan lima bulan penjara.